Overblog Follow this blog
Edit post Administration Create my blog
Mesra Keladi

Kenapa Masih Gagal ?

October 12 2015, 00:14am

Posted by keladi

Kenapa Masih Gagal ?

Gagal bukan penamat !!

Mugkin ada orang mengatakan gagal bukan penamat,

Tapi..

Saya kata gagal adalah penamat !!!

susahnya jika menerima kegagalan, tapi saya menerimanya untuk seketika lepas tu saya sudah bersiap sedia..ini kata ku,

En keladi memang selalu menerima kegagalan dalam hidup, banyak sudah pegalaman yang dilalui dalam kegagalan, buat sesuatu tidak menjadi, en keladi terus "give Up", sekadar perkongsian bagi mereka yang sudah membaca entri en keladi di overblog ini, en keladi gunakan platform ini untuk meluahkan perasaaan sedih dan kecewa ketika en keladi menerima kegagalan, dengan harapan lepas ini en keladi akan bangkit untuk berjaya.

Korang ada perasaan rasa cemburu apabila di media-media menceritakan tentang kejayaan seseorang, kejayaan tersebut mugkin berkaitan dengan perkara yang korang minat, ia menjadi sesuatu suntikkan semangat untuk kita lebih berjaya atau menjadi seperti mereka, en keladi juga tidak terlepas daripada perasaan seperti itu. Dunia blogger sememangnya ada kekayaan, betul ke? dunia blogger ini boleh buat duit, malas en keladi hendak buka cerita, boleh search dekat google carian, confirm sudah ramai orang yang berjaya dengan blog, tapi itulahkan orang kata jika mula-mula niat kita ke arah lain, memang sukar untuk berjaya, pengalaman yang dilalui, en keladi dengar sahaja sudah ada yang berjaya dengan berblog, maka en keladi pun sign in blog dengan harapan boleh tambah pendapatan, tapi sehingga kini usia blog en keladi sudah 3 bulan, masih tiada pembaca, Ya usia blog en keladi baru 3 bulan, tiada pembaca pun..

En keladi oii, Blog baru berusia 3 bulan, sudah menangis bagai nak ghak!!, blogger2 yang berjaya tu, entah berapa lama diorang menulis, baru berjaya,

Kenapa en keladi masih gagal dalam menulis?

Jawapannya,

  • Tidak sabar
  • Mengharapkan kejayaan dengan segera
  • niat hanya untuk mencari duit
  • tiada teknik
  • terlalu serabut
  • tidak fokus
  • tidak banyak maklumat, kurang membaca
  • hanya copy dan paste
  • tidak tetap pendirian - bertukar-tukar niche ketika berblog
  • kurang promosi
  • tiada komunikasi dengan rakan-rakan media sosial yang lain - katak bawah tempurung

sebab tulah kot en keladi masih tidak berjaya, tapi tidak mengapa saya terus bangkit, mula2 macam mula je nak tulis entri ini, takut rakan-rakan baca pula, tapi ADA AKU KISAH !!!!

Yang pasti ini dunia saya, inilah saya Dunia En Keladi

JOm ikut blog en keladi juga disini

http://mrkeladi.blogspot.my

http://www.keladionline.com

Comment on this post